Friday, December 14, 2007

My baby

Salam guys,

27 Oktober 2007 was another historic day for me and my family. Our second child, Aisyah Sofea was born and this little angle is a testimony of our everlasting love. Thank you, sayang.....(jiwang karat..)

For the record, Aisyah Sofea was born in Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan at 10.59 am.

Tuesday, October 09, 2007

Syukur.....

Bulan Ramadhan Al-Mubarak kini sudah di penghujungnya...sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu. Semalam Isnin, 8 Oktober 2007, aku menerima satu berita baik...before this baby yang tengah dalam kandungan wife aku berada dalam keadaan songsang. Now dah masuk 38 minggu, so kami agak risau la sebab baby dah besar (3kg) dan susah nak pusing ke bawah. Nampak gaya kena caesar namun Allah S.W.T. Maha Mengetahu dan Maha Berkuasa.Bila pergi final check-up dengan one specialist di Hospital Besar Seremban, semalam, baby aku dah turun ke normal position. Alhamdulillah. Lega rasanya. Insyaallah kalau normal ni, after Raya ni keluarla....

SO TO ALL MUSLIMS OUT THERE,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!

Drive carefully!!

Sunday, September 09, 2007

Gila bola...

9 September. Hari yang meletihkan. Dah lama dah tak gila bola camni. Pagi main futsal tournament dengan budak batch aku F595 MCKK. Petang lak, final Piala Ansara vs Ansara Kuala Terengganu. Good game. Full time 1-1, penalty shootout, kalah,4-5. Takpe. Next time cuba lagi.


Futsal Tourney F595 MCKK.9 Sept. 2007.Mohd Shah's team. Tinggal 3 orang je. Yang lain dah balik. Okla tu no.3.From left:Che Wah, Egon, Aku (Payjal)


QC2007.Dah rasa macam veteran pulak bila dikelilingi geng-geng muda.

Tuesday, August 21, 2007

Langkawi International Dialogue 2007

Salam guys,

Lama dah tak mengupdate blog aku ni. Yela office aku dah block benda-benda yang tak berkenaan kerja ni(betul ke tak berkenaan?). Just nak share pengalaman aku masa jadi LO masa LID 2007 kat Langkawi. I was at Langkawi from 2-9 August 07 and stayed at Perdana Beach Resort just beside the Langkawi Lagoon Resort. Of course almost all of the LOs didn't expect they will be staying at the 'hotel'. Takpelah benda kecik je. Lagipun there was no time for us to enjoy so much, balik dari assignment pun dah tengah malam. Letih bai. Lupalak, i was assigned to be the LO for the Prime Minister of St. Vincent and Grenadines (SGV). He arrived on the 5th of August together with 3 officers (one from Malaysia - cucu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, his name is Tunku Muinuddin Putra). The PM is a nice gentleman with his Portugese look and from the his smile and the look of his face you wouldn't believe that he's already in his 60s. His charming personality (especially with ladies) is something to be envy. I was quite impressed with his way of approaching people, opps! woman i mean, he's a living example of a casanova!!!

The PM of SGV is a special invitee of Pak Lah and he flew 26 hours all over from the Carribean(1 night at Taipei) just to fulfil Pak Lah's invitation. What a gentleman. Nevertheless he came with a mission - to promote his country as one of the main tourist destination because they don't have any resources that can be traded (previously it was banana). They also want Malaysia to help them to build an international airport so that SGV can be easily accessible to the world.

8 days in Langkawi, tires and exhausted. Nevertheless again a good experience. Tapi balik2 je ada kontroversi pasal LO. Biaseletu, layan je lah. Adios, appreciate!!!


Depan Malaysia's official jet,masa ni TPM baru sampai.

Thursday, July 19, 2007

QUO VADIS MALAYSIAN FOOTBALL

BOLA SEPAK MALAYSIA: KE MANA??

Pasukan bola sepak Malaysia menamatkan kempen Piala Asia 2007 dengan kekalahan 2-0 kepada gergasi bola sepak Asia, Iran. Tidak banyak yang menarik dalam perlawanan tersebut buat pasukan negara yang dilihat banyak bertahan dengan formasi 5-4-1. Saya yakin jutaan peminat dan pemerhati bola sepak Malaysia amat kecewa dengan prestasi Malaysia sepanjang kejohanan Piala Asia 2007 dengan hanya menjaringkan 1 gol dan dibolosi sebanyak 12 kali. Peletakan jawatan KDYTM Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan Y.Bhg. Dato’ Seri Dr. Ibrahim Saad, Setiausaha Agong FAM harus dilihat sebagai satu tindakan gentlemen yang diharapkan dapat membawa sinar baru kepada FAM khususnya dan bola sepak negara amnya. Sememangnya bola sepak Malaysia memerlukan perubahan radikal dan berani untuk menyelamatkan sukan nombor satu negara.

Sudah tiba masanya kita mempunyai pentadbir bola sepak sepenuh masa (full-time football administrator) yang boleh menumpukan jiwa dan keringat terhadap pengurusan bola sepak kebangsaan dan negeri, bukannya pemimpin-pemimpin politik yang dibebankan dengan karier politik mereka, urusan kawasan Parlimen/Dewan Undangan Negeri, mesyuarat Parlimen/Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan tugas-tugas pentadbiran yang lain. Adalah diakui para pemimpin politik sebenarnya lebih berperanan untuk mencari dana atau penajaan buat persatuan-persatuan bola sepak negara daripada mentadbir namun inilah satu aspek yang perlu kita lihat dan kaji. Kita dapat lihat di negara-negara seperti England, Jerman dan Sepanyol, kelab-kelab bola sepak ditadbir secara profesional sebagai sebuah syarikat antarabangsa dengan struktur organisasi yang tersusun, pelan pembangunan fizikal dan pengurusan pemain yang terancang serta pelan pemasaran yang berkesan. Dalam kebanyakan kes, bekas-bekas pemain dan penggiat bola sepak yang berpengalaman sendiri yang merupakan tunjang kepada kejayaan kelab-kelab elit di Eropah. Inilah sebenarnya ciri-ciri sebuah persatuan bola sepak yang sepatutnya dicontohi oleh FAM, bukannya sekadar membuat lawatan ke luar negara dan mengemukakan laporan/pelan pembangunan di atas kertas sahaja.

Seterusnya pembangunan bola sepak di akar umbi. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran telah mula menunjukkan minat untuk membangunkan bola sepak di akar umbi. Pertandingan-pertandingan peringkat umur di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan sememangnya telah lama dilaksanakan. Namun mengapa kita masih ketandusan bakat-bakat muda? Saya berpendapat ramai di antara kita menyedari fenomena ni di mana bakat-bakat muda yang menjadi bintang di peringkat menengah, tiba-tiba hilang begitu sahaja. Sekolah-sekolah sukan/akademi-akademi bola sepak di negeri hanya menjaga para pemain di peringkat menengah sahaja namun apabila mereka tempat pengajian menengah, mereka sama ada akan melanjutkan pelajaran atau bekerja dan ini merupakan langkah yang terkebelakang. Pemain-pemain yang berpotensi ini seharusnya tidak dibiarkan begini. Persatuan-persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab seharusnya mengenal pasti mereka yang berpotensi untuk terus dipersiapkan sebagai pemain bola sepak profesional yang berpersonaliti. Lihat sahaja cara para pemain antarabangsa mengendalikan serta menjawab soalan media massa semasa sesi temu ramah dan sidang akhbar. Mereka berkeyakinan dan jawapan-jawapan yang diberi berisi sama ada dari segi teknikal dan taktikal. Bukannya jawapan dan alasan seperti tidak cukup persediaan, tidak bernasib baik, ‘bola itu bulat’ dan sebagainya.

Di negara-negara yang mempunyai struktur organisasi yang profesional, para pencari bakat (talent scouters) dilantik untuk menjelajah ke seluruh pelosok negara mencari bakat-bakat yang berpotensi. Bukannya melalui pemilihan terbuka yang kadangkala tidak mencerminkan bakat sebenar seseorang dan tidak terkejut sekiranya ada pihak yang cuba melobi sesetengah pemain untuk dipilih. Kita harus akur bahawa antara resipi kejayaan gergasi-gergasi bola sepak Asia adalah dengan mengeksport para pemain mereka ke liga-liga elit Eropah untuk didedahkan kepada bola sepak peringkat tinggi. Mungkinkah budaya atau sikap rakyat Malaysia sendiri yang suka berada di zon selesa (comfort zone) atau inward looking yang menyebabkan pemain-pemain kita bimbang atau takut untuk bermain di liga-liga di Eropah?

Seterusnya kemudahan infrastruktur dan pewujudan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan bola sepak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita dapat melihat kemunculan pusat-pusat sukan futsal dan promosi sukan futsal oleh pelbagai pihak di seluruh negara. Ini harus diteruskan terutamanya di peringkat akar umbi dan ini diakui sendiri oleh pemain-pemain seperti Zinedine Zidane dan Ronaldinho serta ramai pemain-pemain bertaraf dunia bahawa futsal merupakan elemen penting terhadap pembentukan kemahiran asas pemain sebelum mereka beralih kepada bola sepak padang. Media massa turut memainkan peranan untuk merangsang serta mewujudkan mood peminat dan para pemain. Pada peringkat awal ini ingin saya sarankan supaya FAM dan persatuan-persatuan bola sepak negeri memanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat dan komunikasi dalam mempromosi bola sepak tempatan. Maklumat-maklumat pasukan seperti profil pasukan/persatuan, berita terkini, jadual/keputusan perlawanan, keahlian, kelab penyokong, profil pemain/pengurusan dan pelbagai lagi boleh dimuatkan dalam laman web FAM/persatuan bola sepak negeri yang bertujuan mewujudkan suasana dan mood bola sepak di kalangan pemain/peminat. Ia perlu sentiasa dikemas kini dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Nampak mudah tetapi membawa kesan positif kepada para pemain terutamanya apabila berita/profil mereka di paparkan. Kementerian/agensi Kerajaan dan pihak swasta yang melaksanakan projek-projek pembangunan terutama di bandar-bandar juga hendaklah mengekalkan padang-padang bola sepak yang penting dalam penganjuran liga-liga negeri dan pertandingan-pertandingan domestik/’haram’ yang lain.

Pemakanan dan sains sukan juga merupakan faktor penting dalam apa jua jenis sukan. Dalam hal ini Institut Sukan Negara seharusnya terus mengkaji cara pemakanan/diet, fizikal dan psikologi pemain-pemain bola sepak Asia terutama Jepun dan Korea yang berjaya bermain di Eropah walaupun fizikal luaran mereka seperti Park Ji Sung dan Shinsuke Nakamura nampak sama sahaja seperti pemain-pemain kita. Ini adalah kerana bola sepak moden kini memerlukan kombinasi aspek-aspek kepantasan, kekuatan fizikal dan skil. Ini tidak dimiliki oleh pemain-pemain Malaysia kini. Kalau adapun hanya satu atau dua elemen sahaja.

Mungkin saranan-saranan ini telah lama berada dalam kota fikiran penggiat/pemain /pemerhati bola sepak di negara ini tetapi apa yang penting kita perlu walk the walk. Sungguhnya masih ada sinar buat bola sepak di Malaysia. Menang dan kalah merupakan asam garam permainan namun jika kita kalah, biarlah kalah dengan bermaruah. Pasukan-pasukan bertaraf dunia lain juga pernah mengalami kekalahan teruk. Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia semakin meninggalkan kita dalam membangunkan pasukan kebangsaan masing-masing. Kepada sesiapa yang melihat cara permainan pasukan-pasukan pasti berbangga dengan semangat juang, kesungguhan dan cara permainan Vietnam, Thailand dan Indonesia yang berani memegang bola, tidak gentar untuk menyerang walaupun lawan mereka lebih berpengalaman dan merupakan gergasi bola sepak Asia. Tidak malukan kita untuk 10 tahun yang akan datang terus bermodalkan kejayaan yang telah kita capai pada era 1970an dan 80an apabila bercakap tentang bola sepak Malaysia? Persoalannya sekarang ke mana kita selepas ini?

AFMR
Putrajaya

Wednesday, July 04, 2007

Melancholy and Infinite Sadness

Dah lama sangat aku tak rasa perasaan sedih macam ni. Sepanjang hidup aku ni boleh kira berapa kali aku berasa down and demoralised macam ni. Tapi kejadian semalam membuat perasaan aku bercampur-campur - marah, geram, frust, sedih, rasa nak tumbuk orang, lemah......tapi pagi ni bila aku dengar lagu ni, aku rasa semangat yang baru. I cannot change the situation, i might as well live with it and adjust mana yang boleh walaupun hati ini berkata tidak dengan permainan catur 'boss' aku tu. Sabar dan tawakal semoga aku berjaya keluar dari belenggu ini....so lagu Smashing Pumpkin ni memang antara lagu favourite aku masa belajar di PPP/ITM dulu. Kalau jamming or ada show ke - lagu ni, lagu weezer memang favourite la. Seronok bila kenang2 zaman student dulu, walaupun tak berduit macam bekerja ni tapi i'm happy, enjoy sangat walaupun banyak pengalaman pahit dan manis masa student dulu.

Tonight, Tonight

Time is never time at all
You can never ever leave without leaving a piece of youth
And our lives are forever changed
We will never be the same
The more you change the less you feel

Believe, believe in me, believe
Believe that life can change
That you're not stuck in vain
Were not the same, were different tonight
Tonight, so bright
Tonight

And you know you're never sure
But you're sure you could be right
If you held yourself up to the light
And the embers never fade in your city by the lake
The place where you were born

Believe, believe in me, believe
Believe in the resolute urgency of now
And if you believe there's not a chance tonight
Tonight, so bright
Tonight

Well crucify the insincere tonight
Well make things right, well feel it all tonight
Well find a way to offer up the night tonight
The indescribable moments of your life tonight
The impossible is possible tonight
Believe in me as I believe in you, tonight

Wednesday, June 13, 2007

Selamat Pengantin Baru Pak Lah

Harini hari yang bersejarah gak buat aku. At the start of today's Cabinet Meeting around 10.30am aku telah assigned by Datuk TKSU(Kabinet) untuk ambik gambar Pak Lah potong kek kahwin yang dihadiahkan oleh Dato' Sri JJ. Dengan pengalaman ambik gambar setakat camera digital biasa je, aku dengan selambanya meredah celah-celah minister untuk mengambil shot terbaik la kononnya. Yang nak tergelak tu ada one minister tu cakap 'takpa dia bukan professional photographer'. Geli hati aku tapi at least adala gak merasa that experienced. Amateur photographer ambik gambar Cabinet Minister???? Hahahahahaha. Banyak gak gambar yang aku ambik tapi tak dapat nak bagi (tak boleh upload lak). So to Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi and Datin Seri Jeanne Abdullah yang telah selamat diijabkabulkan pada 9 Jun 2007, Selamat Pengantin Baru...

Tuesday, June 12, 2007

MOVE OR YOU'LL BE REMOVED

Just came back from Labuan last night after 3 taxing and exhausting days. Nevertheless i enjoy every minute of it, why? It's my last assignment as the desk officer of Head of Statutory Body Meeting chaired by KSN. I learned a lot from my 2 and 1/2 years stint in Cabinet Division, getting the perspective of senior government officers (KSUs, DGs, SSs, HODs), how they deal with issues and problems, tackling attacks and accusation during meetings profesionally etc. Now, it's time for me to experienced the life outside of this green dome building, the building that symbolize the Government of Malaysia and of course one of the landmark of Putrajaya. Still a lot to be learned and discovered in this government service, insyaallah i'll do my best in the new place. I've no problem adapting in new environment, i love challenges. Routine is boring, challenges will make you a better man only if you learned something from it.

One the highlights of the meeting yesterday was the MANTRA from Tan Sri Sidek Hassan, the outgoing KSN with the greatest passion to transform the Malaysian Civil Service to the highest level. He WARNED the head of the government departments to move from their comfort zone to improve the government delivery system or he/she will be removed from the post. I'm sure all the government servant knew about his carrot and stick approach and he 'walk the talk' guys!!!He knows that his approach will not make him popular/favourite among the civil servant, but everwilling to sacrifice that for the sake of civil service. SO YOU BETTER MOVE OR YOU WILL BE REMOVED!!

Friday, May 18, 2007

PAC 2007

Just wanna share my experience masa jadi facilitator during PAC II and III 2007. Aku dapat PAC II (20 - 22 April)di INTURA dan PAC III (27 - 29 April) di INTIM. Di INTURA, the first night was disastrous. Apa taknye blackout dari pukul 7 malam sampai pukul 12 lebih. Session malam tu terpaksa postponed to the next day and pack sikit la on Saturday tu pasal nak habiskan semua sesi yang ada. So malam tu dengan geng2 faci termasuklah anak jati Sungai Petani, Tariq Affendi and Khairil Hilmi pi lepak kedai mamak kat Sungai Petani. Sempat la lalu Hospital Sungai Petani tempat aku dilahirkan padahal aku bukan orang Kedah. Biasala anak Polis banyak merantau.....Habis je post morterm malam Sabtu tu terus aku dengan kawan ADO Balik Pulau terus pi Penang jumpa Nazrul jambu di mamak gak. Malam tu tidur rumah Jambu. Nak jadikan cerita pagi tu flight aku pkl 830 am tapi terjaga pukul 7, kelam kabut kau. Nasib baik rumah Jambu dengan airport Bayan Lepas tak jauh dalam 10 minit. Fuh....

Di INTIM lebih relax sikit, yela pasal dah experience handling para calon the week before, mudah je la kat sini. First time aku jejak kaki kat INTIM, my first impression , walla!!!class betul environment kat sini dengan angin pantai, deruan ombak...Throughout the PAC relax and seronok je...awek2 yang datang pun boleh tahan....senyum meleret la aku apa lagi....Paling aku tak lupa breakfast kat satu kopitiam kat Kemaman masa nak balik tu....lupa lak nama dia..Hai Peng? macam tu la lebih kurang. Only one word can describe it..HEAVEN....kopi kaw, nasi lemak class, roti bakar world...aahhhhh...

On a serious note, there must be something wrong, somewhere with the MALE nowadays. In both the PAC, only 25% of the candidates are male and i think this situation in the long run will affect the PTD service. Memangla gov target nak 30% ladies dalam decision making level tapi this is far way out. Dahla calon lelaki kurang, lepas tu sorry to say this, quality so so....adala yang bagus tapi tak banyak. Even batch 2/07, 70% female and 30% male. Maybe my opinion doesn't reflect the whole population of PAC candidates tapi from the feedback i've got from the panel and faci...it's sad but true......Nevertheless, i gained a lot of experiences from these PACs and i'm looking forward for next year's PAC. Adios....

Tuesday, May 08, 2007

Viva Manchester United!!!!



Yes!!!After 3 seasons or 4 years of painful waiting, the English Premier League title is back to Old Trafford. Even at the early part of the season i believe this will be Man Utd year although last week lost AC Milan was quite a bitter one. Nevertheless the team (manager, players, support staff, trainers) gave their best performance after several seasons of mediocre results (not on performance). You will never get bored watching Man Utd games, moreover with the likes of Cristiano Ronaldo, Rooney, the evergreen Giggs and Scholes, United's performance this year can be described as breathtaking, full of heart-stopping moments. Sorry Chelsea and just wait for the FA Cup final this 19th May....i'm hoping for another silverware inside the Old Trafford long list of cups. Viva Man Utd!!!!

Wednesday, April 04, 2007

PTD vs Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

This week has been a very hot and wet week ( for the PTD perhaps?) Hot because of the objection by teachers' unions, associations and even the x teachers on the proposal to include PTD in the state education department set-up. Wet because minggu ni petang je mesti hujan lebat...tak dapat nak main bola.


Awal minggu ni golongan guru membangkang kemasukan PTD ke dalam struktur JPN dengan alasan menyekat kenaikan pangkat para guru. Menyekat kenaikan pangkat? Pangkat alasannya rupanya, aku ingat alasannya lebih profesional sikitla macam guru lebih berpengetahuan dalam hal-hal pentadbiran, sumber manusia, kewangan, pembangunan yang semuanya ni merupakan core business PTD di ministries/agencies. I'm sure most of us ramai sedara, sahabat baik, rakan taulan and even spouses yang bertugas sebagai guru. And i'm sure banyak cerita jugak pasal pentadbiran JPN yang kita dah dengar sejak azali. Lambat dapat gaji (bagi guru lantikan baru), prosidur tuntutan perjalanan yang lambat, isu pertukaran/penempatan guru, pentadbiran sekolah, sistem rekod dan fail yang berterabur etc. Banyak dah isu dan masalah di JPN dan PPD yang diketahui umum, in fact MOE dah cuba sejak 90's lagi nak masukkan PTD ke JPN. Only now baru dapat masuk......

Niat dan hasrat Kerajaan masukkan PTD dalam JPN adalah semata-mata nak menambahbaik sistem pengurusan JPN itu je. Lagipun PTD akan jalankan core business PTD yang ada di JPN tu - Admin, HR, Pembangunan, Kewangan etc. 107 post out 518 post, 1/5 lebih kurang. Please la para cikgu, for the sake of the nation especially our children/student and towards better delivery system cubala faham niat Kerajaan....for those PTD who will be posted to JPN/PPD, all the best and good luck. Apa yang penting kita menjalin hubungan baik dengan para guru di JPN tu. Diplomacy is the best policy. Accept it as a challenge to show those DGs what we are capable of......Ciao!!!

Friday, March 30, 2007

Memories shall remain II



Amacam, ada gaya EPL tak? Sikit2 tu adala kan......Gambar yang atas tu masa aku main untuk Sapura FC. KLFA kena decide sape yang layak wakil KL untuk FAM Cup and DBKL managed to beat us on that day. Gambar bawah tu masa training session di MARDI, Serdang. During 2000 to 2003 period orang dengar SAPURA je goyang jugak la other teams dalam KL League ni. Tapi tu dulu. Team SAPURA ni pun dah takde lagi......

Tuesday, March 27, 2007

Memories shall remain




Minggu lepas, sajela selongkar balik fail-fail dan khazanah lama yang ada kat rumah/office. Housekeeping la katakan. Aku pun jumpala newspaper cutting lama masa zaman kegemilangan main bola dulu. Looking back, I had so many sweet and bitter memories as a footballer. I'm still playing with same zeal but not with same power and pace. Lutut ni pun dah mula sakit-sakit. Hopefully i can stand the pain until i decided to end my career as a footballer and hang up my boots - maybe sampai 50 tahun ke, who knows. I still believe that one career in sports doesn't end because of their age. Masih boleh jadi master athlete. There are still some master athletes (40 - 55 years) that can run 100 meter under 15 sec, believe it.....Kalau boleh taknakla berhenti main sebab injury, sedih beb.....Life is short, play hard....but remember to work smart too.


Thursday, March 22, 2007

Malaysia BOLEH!!!

First and foremost i would like to congratulate our fabulous badminton duo Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong on their glorious feat of winning both the All-England title and the Swiss Open crown. What an achievement bearing the fact that they were paired up only in October 2006. Special praise for coach Rexy Mainaky (Masa DPA ustaz saleh jemput dia untuk kelas badminton) as he is the man behind the success of this duo. I remembered during the Asian Games in which he cried FOR MALAYSIA and resigned from the national team after we lost at the semi-final stage during the team event. Nevertheless he came back and continued his task. Rexy is truly an example of a true professional. It seems like he is an Indonesian with a Malaysian heart. We as Malaysian should not let the duo fall off the track and do not praise them too much as it will distract them. Sorry to mention it here but Hafiz Hashim is a real life example of a champion that being pampered too much and now losing his concentration on the game. Let us hail the latest badminton sensation and i'm sure they will only get better......

Saturday, March 03, 2007

Missing?

90 days. That's how long i've been 'missing' from my blog. A couple of contributing factors such as the earthquake in Taiwan that damaged several undersea cables, distrupting telecommunication and internet service in various part in Asia(this is the major one), PTK examination (20-21 December) - fuhh bengkak mata study beb, year end and new year holiday period, lots of workload during the first two weeks of the year...i think that's all. Many important ocassions and happenings occured during these period of time.

The 15th Asian Games in Doha which our Malaysian Tigers got 8 gold , 17 silver and 17 silver bronze medals. For me personally, it's a good achievement bearing the facts that Sazali Samad (unlucky - biased judging-biasala subjective sport) and Josiah Ng unable to contribute any gold medal although they were among our highest prospect. If not we would achieved the double digit target set by Chef De-Mission, Dato' A. Sani Karim.

Another thing, did you all realised that the Taiwan's Sports Minister offer to resign over the poor performance of the Taiwanese contingent at the Asian Games?But the Premier asked him to stay on.(please refer my previous posting on these). That's accountability.

Banjir di selatan tanahair. Kita baca di akhbar setiap hari for the last 2 months. First wave and then second wave.......semoga semua yang terlibat akan tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dulu masa aku duduk di Pulapol, KL during 88 to 95 period, everytime hujan luar biasa lebat, rumah tepi Sungai Bunus, mesti banjir paras pinggang...aduh....letih mengangkat barang2, nasib baik rumah dua tingkat....habis banjir je, macam2 ada...belut, ikan bandaraya....banyak kali la jugak merasa pengalaman banjir ni..nasib baik duduk kem...adala abang2 polis yang tolong...

Another thing - our national football team were unlucky to lose out on penalties to the Singapore team at the semi final stage of the AFF Championship. They played well i think but what is Cikgu Jan thinking of when he decided to put Khyril Muhaimeen as the last kicker. It's a big gamble and such a burden for the young boy to take a penalty kick that decide the outcome of the game.uhhhh. Gerammmnye aku. Penalti tu slow, keeper Singapore Lionel Lewis siap boleh dive dan save bola tu cantik je....ahhh malas la nak cerita pasal ni. Dahla tu Singapore menang pulak final AFF lawan Thailand (aggregate 3-2) dengan dibantu penalti kontroversi masa first leg.

Aaaa...Sunday, 28 Jan 07 was a memorable day for me. Why? I learned to play golf. Not play actually..just learning about the right swing techique. I went to the Cyberjaya Community Club and they've got free golf lesson dan free session. Ni dah start gian nak main ni. Gantung but? Nah...Till the next update see ya....