Friday, December 14, 2007
My baby
27 Oktober 2007 was another historic day for me and my family. Our second child, Aisyah Sofea was born and this little angle is a testimony of our everlasting love. Thank you, sayang.....(jiwang karat..)
For the record, Aisyah Sofea was born in Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan at 10.59 am.
Tuesday, October 09, 2007
Syukur.....
SO TO ALL MUSLIMS OUT THERE,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!
Drive carefully!!
Sunday, September 09, 2007
Gila bola...
Futsal Tourney F595 MCKK.9 Sept. 2007.Mohd Shah's team. Tinggal 3 orang je. Yang lain dah balik. Okla tu no.3.From left:Che Wah, Egon, Aku (Payjal)
QC2007.Dah rasa macam veteran pulak bila dikelilingi geng-geng muda.
Tuesday, August 21, 2007
Langkawi International Dialogue 2007
Lama dah tak mengupdate blog aku ni. Yela office aku dah block benda-benda yang tak berkenaan kerja ni(betul ke tak berkenaan?). Just nak share pengalaman aku masa jadi LO masa LID 2007 kat Langkawi. I was at Langkawi from 2-9 August 07 and stayed at Perdana Beach Resort just beside the Langkawi Lagoon Resort. Of course almost all of the LOs didn't expect they will be staying at the 'hotel'. Takpelah benda kecik je. Lagipun there was no time for us to enjoy so much, balik dari assignment pun dah tengah malam. Letih bai. Lupalak, i was assigned to be the LO for the Prime Minister of St. Vincent and Grenadines (SGV). He arrived on the 5th of August together with 3 officers (one from Malaysia - cucu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, his name is Tunku Muinuddin Putra). The PM is a nice gentleman with his Portugese look and from the his smile and the look of his face you wouldn't believe that he's already in his 60s. His charming personality (especially with ladies) is something to be envy. I was quite impressed with his way of approaching people, opps! woman i mean, he's a living example of a casanova!!!
The PM of SGV is a special invitee of Pak Lah and he flew 26 hours all over from the Carribean(1 night at Taipei) just to fulfil Pak Lah's invitation. What a gentleman. Nevertheless he came with a mission - to promote his country as one of the main tourist destination because they don't have any resources that can be traded (previously it was banana). They also want Malaysia to help them to build an international airport so that SGV can be easily accessible to the world.
8 days in Langkawi, tires and exhausted. Nevertheless again a good experience. Tapi balik2 je ada kontroversi pasal LO. Biaseletu, layan je lah. Adios, appreciate!!!
Depan Malaysia's official jet,masa ni TPM baru sampai.
Thursday, July 19, 2007
QUO VADIS MALAYSIAN FOOTBALL
Pasukan bola sepak Malaysia menamatkan kempen Piala Asia 2007 dengan kekalahan 2-0 kepada gergasi bola sepak Asia, Iran. Tidak banyak yang menarik dalam perlawanan tersebut buat pasukan negara yang dilihat banyak bertahan dengan formasi 5-4-1. Saya yakin jutaan peminat dan pemerhati bola sepak Malaysia amat kecewa dengan prestasi Malaysia sepanjang kejohanan Piala Asia 2007 dengan hanya menjaringkan 1 gol dan dibolosi sebanyak 12 kali. Peletakan jawatan KDYTM Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dan Y.Bhg. Dato’ Seri Dr. Ibrahim Saad, Setiausaha Agong FAM harus dilihat sebagai satu tindakan gentlemen yang diharapkan dapat membawa sinar baru kepada FAM khususnya dan bola sepak negara amnya. Sememangnya bola sepak Malaysia memerlukan perubahan radikal dan berani untuk menyelamatkan sukan nombor satu negara.
Sudah tiba masanya kita mempunyai pentadbir bola sepak sepenuh masa (full-time football administrator) yang boleh menumpukan jiwa dan keringat terhadap pengurusan bola sepak kebangsaan dan negeri, bukannya pemimpin-pemimpin politik yang dibebankan dengan karier politik mereka, urusan kawasan Parlimen/Dewan Undangan Negeri, mesyuarat Parlimen/Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan tugas-tugas pentadbiran yang lain. Adalah diakui para pemimpin politik sebenarnya lebih berperanan untuk mencari dana atau penajaan buat persatuan-persatuan bola sepak negara daripada mentadbir namun inilah satu aspek yang perlu kita lihat dan kaji. Kita dapat lihat di negara-negara seperti England, Jerman dan Sepanyol, kelab-kelab bola sepak ditadbir secara profesional sebagai sebuah syarikat antarabangsa dengan struktur organisasi yang tersusun, pelan pembangunan fizikal dan pengurusan pemain yang terancang serta pelan pemasaran yang berkesan. Dalam kebanyakan kes, bekas-bekas pemain dan penggiat bola sepak yang berpengalaman sendiri yang merupakan tunjang kepada kejayaan kelab-kelab elit di Eropah. Inilah sebenarnya ciri-ciri sebuah persatuan bola sepak yang sepatutnya dicontohi oleh FAM, bukannya sekadar membuat lawatan ke luar negara dan mengemukakan laporan/pelan pembangunan di atas kertas sahaja.
Seterusnya pembangunan bola sepak di akar umbi. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran telah mula menunjukkan minat untuk membangunkan bola sepak di akar umbi. Pertandingan-pertandingan peringkat umur di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan sememangnya telah lama dilaksanakan. Namun mengapa kita masih ketandusan bakat-bakat muda? Saya berpendapat ramai di antara kita menyedari fenomena ni di mana bakat-bakat muda yang menjadi bintang di peringkat menengah, tiba-tiba hilang begitu sahaja. Sekolah-sekolah sukan/akademi-akademi bola sepak di negeri hanya menjaga para pemain di peringkat menengah sahaja namun apabila mereka tempat pengajian menengah, mereka sama ada akan melanjutkan pelajaran atau bekerja dan ini merupakan langkah yang terkebelakang. Pemain-pemain yang berpotensi ini seharusnya tidak dibiarkan begini. Persatuan-persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab seharusnya mengenal pasti mereka yang berpotensi untuk terus dipersiapkan sebagai pemain bola sepak profesional yang berpersonaliti. Lihat sahaja cara para pemain antarabangsa mengendalikan serta menjawab soalan media massa semasa sesi temu ramah dan sidang akhbar. Mereka berkeyakinan dan jawapan-jawapan yang diberi berisi sama ada dari segi teknikal dan taktikal. Bukannya jawapan dan alasan seperti tidak cukup persediaan, tidak bernasib baik, ‘bola itu bulat’ dan sebagainya.
Di negara-negara yang mempunyai struktur organisasi yang profesional, para pencari bakat (talent scouters) dilantik untuk menjelajah ke seluruh pelosok negara mencari bakat-bakat yang berpotensi. Bukannya melalui pemilihan terbuka yang kadangkala tidak mencerminkan bakat sebenar seseorang dan tidak terkejut sekiranya ada pihak yang cuba melobi sesetengah pemain untuk dipilih. Kita harus akur bahawa antara resipi kejayaan gergasi-gergasi bola sepak Asia adalah dengan mengeksport para pemain mereka ke liga-liga elit Eropah untuk didedahkan kepada bola sepak peringkat tinggi. Mungkinkah budaya atau sikap rakyat Malaysia sendiri yang suka berada di zon selesa (comfort zone) atau inward looking yang menyebabkan pemain-pemain kita bimbang atau takut untuk bermain di liga-liga di Eropah?
Seterusnya kemudahan infrastruktur dan pewujudan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan bola sepak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita dapat melihat kemunculan pusat-pusat sukan futsal dan promosi sukan futsal oleh pelbagai pihak di seluruh negara. Ini harus diteruskan terutamanya di peringkat akar umbi dan ini diakui sendiri oleh pemain-pemain seperti Zinedine Zidane dan Ronaldinho serta ramai pemain-pemain bertaraf dunia bahawa futsal merupakan elemen penting terhadap pembentukan kemahiran asas pemain sebelum mereka beralih kepada bola sepak padang. Media massa turut memainkan peranan untuk merangsang serta mewujudkan mood peminat dan para pemain. Pada peringkat awal ini ingin saya sarankan supaya FAM dan persatuan-persatuan bola sepak negeri memanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat dan komunikasi dalam mempromosi bola sepak tempatan. Maklumat-maklumat pasukan seperti profil pasukan/persatuan, berita terkini, jadual/keputusan perlawanan, keahlian, kelab penyokong, profil pemain/pengurusan dan pelbagai lagi boleh dimuatkan dalam laman web FAM/persatuan bola sepak negeri yang bertujuan mewujudkan suasana dan mood bola sepak di kalangan pemain/peminat. Ia perlu sentiasa dikemas kini dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Nampak mudah tetapi membawa kesan positif kepada para pemain terutamanya apabila berita/profil mereka di paparkan. Kementerian/agensi Kerajaan dan pihak swasta yang melaksanakan projek-projek pembangunan terutama di bandar-bandar juga hendaklah mengekalkan padang-padang bola sepak yang penting dalam penganjuran liga-liga negeri dan pertandingan-pertandingan domestik/’haram’ yang lain.
Pemakanan dan sains sukan juga merupakan faktor penting dalam apa jua jenis sukan. Dalam hal ini Institut Sukan Negara seharusnya terus mengkaji cara pemakanan/diet, fizikal dan psikologi pemain-pemain bola sepak Asia terutama Jepun dan Korea yang berjaya bermain di Eropah walaupun fizikal luaran mereka seperti Park Ji Sung dan Shinsuke Nakamura nampak sama sahaja seperti pemain-pemain kita. Ini adalah kerana bola sepak moden kini memerlukan kombinasi aspek-aspek kepantasan, kekuatan fizikal dan skil. Ini tidak dimiliki oleh pemain-pemain Malaysia kini. Kalau adapun hanya satu atau dua elemen sahaja.
Mungkin saranan-saranan ini telah lama berada dalam kota fikiran penggiat/pemain /pemerhati bola sepak di negara ini tetapi apa yang penting kita perlu walk the walk. Sungguhnya masih ada sinar buat bola sepak di Malaysia. Menang dan kalah merupakan asam garam permainan namun jika kita kalah, biarlah kalah dengan bermaruah. Pasukan-pasukan bertaraf dunia lain juga pernah mengalami kekalahan teruk. Vietnam, Thailand, Singapura dan Indonesia semakin meninggalkan kita dalam membangunkan pasukan kebangsaan masing-masing. Kepada sesiapa yang melihat cara permainan pasukan-pasukan pasti berbangga dengan semangat juang, kesungguhan dan cara permainan Vietnam, Thailand dan Indonesia yang berani memegang bola, tidak gentar untuk menyerang walaupun lawan mereka lebih berpengalaman dan merupakan gergasi bola sepak Asia. Tidak malukan kita untuk 10 tahun yang akan datang terus bermodalkan kejayaan yang telah kita capai pada era 1970an dan 80an apabila bercakap tentang bola sepak Malaysia? Persoalannya sekarang ke mana kita selepas ini?
AFMR
Putrajaya
Wednesday, July 04, 2007
Melancholy and Infinite Sadness
Tonight, Tonight
Time is never time at all
You can never ever leave without leaving a piece of youth
And our lives are forever changed
We will never be the same
The more you change the less you feel
Believe, believe in me, believe
Believe that life can change
That you're not stuck in vain
Were not the same, were different tonight
Tonight, so bright
Tonight
And you know you're never sure
But you're sure you could be right
If you held yourself up to the light
And the embers never fade in your city by the lake
The place where you were born
Believe, believe in me, believe
Believe in the resolute urgency of now
And if you believe there's not a chance tonight
Tonight, so bright
Tonight
Well crucify the insincere tonight
Well make things right, well feel it all tonight
Well find a way to offer up the night tonight
The indescribable moments of your life tonight
The impossible is possible tonight
Believe in me as I believe in you, tonight
Wednesday, June 13, 2007
Selamat Pengantin Baru Pak Lah
Tuesday, June 12, 2007
MOVE OR YOU'LL BE REMOVED
One the highlights of the meeting yesterday was the MANTRA from Tan Sri Sidek Hassan, the outgoing KSN with the greatest passion to transform the Malaysian Civil Service to the highest level. He WARNED the head of the government departments to move from their comfort zone to improve the government delivery system or he/she will be removed from the post. I'm sure all the government servant knew about his carrot and stick approach and he 'walk the talk' guys!!!He knows that his approach will not make him popular/favourite among the civil servant, but everwilling to sacrifice that for the sake of civil service. SO YOU BETTER MOVE OR YOU WILL BE REMOVED!!
Friday, May 18, 2007
PAC 2007
Di INTIM lebih relax sikit, yela pasal dah experience handling para calon the week before, mudah je la kat sini. First time aku jejak kaki kat INTIM, my first impression , walla!!!class betul environment kat sini dengan angin pantai, deruan ombak...Throughout the PAC relax and seronok je...awek2 yang datang pun boleh tahan....senyum meleret la aku apa lagi....Paling aku tak lupa breakfast kat satu kopitiam kat Kemaman masa nak balik tu....lupa lak nama dia..Hai Peng? macam tu la lebih kurang. Only one word can describe it..HEAVEN....kopi kaw, nasi lemak class, roti bakar world...aahhhhh...
On a serious note, there must be something wrong, somewhere with the MALE nowadays. In both the PAC, only 25% of the candidates are male and i think this situation in the long run will affect the PTD service. Memangla gov target nak 30% ladies dalam decision making level tapi this is far way out. Dahla calon lelaki kurang, lepas tu sorry to say this, quality so so....adala yang bagus tapi tak banyak. Even batch 2/07, 70% female and 30% male. Maybe my opinion doesn't reflect the whole population of PAC candidates tapi from the feedback i've got from the panel and faci...it's sad but true......Nevertheless, i gained a lot of experiences from these PACs and i'm looking forward for next year's PAC. Adios....
Tuesday, May 08, 2007
Viva Manchester United!!!!
Yes!!!After 3 seasons or 4 years of painful waiting, the English Premier League title is back to Old Trafford. Even at the early part of the season i believe this will be Man Utd year although last week lost AC Milan was quite a bitter one. Nevertheless the team (manager, players, support staff, trainers) gave their best performance after several seasons of mediocre results (not on performance). You will never get bored watching Man Utd games, moreover with the likes of Cristiano Ronaldo, Rooney, the evergreen Giggs and Scholes, United's performance this year can be described as breathtaking, full of heart-stopping moments. Sorry Chelsea and just wait for the FA Cup final this 19th May....i'm hoping for another silverware inside the Old Trafford long list of cups. Viva Man Utd!!!!
Wednesday, April 04, 2007
PTD vs Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Awal minggu ni golongan guru membangkang kemasukan PTD ke dalam struktur JPN dengan alasan menyekat kenaikan pangkat para guru. Menyekat kenaikan pangkat? Pangkat alasannya rupanya, aku ingat alasannya lebih profesional sikitla macam guru lebih berpengetahuan dalam hal-hal pentadbiran, sumber manusia, kewangan, pembangunan yang semuanya ni merupakan core business PTD di ministries/agencies. I'm sure most of us ramai sedara, sahabat baik, rakan taulan and even spouses yang bertugas sebagai guru. And i'm sure banyak cerita jugak pasal pentadbiran JPN yang kita dah dengar sejak azali. Lambat dapat gaji (bagi guru lantikan baru), prosidur tuntutan perjalanan yang lambat, isu pertukaran/penempatan guru, pentadbiran sekolah, sistem rekod dan fail yang berterabur etc. Banyak dah isu dan masalah di JPN dan PPD yang diketahui umum, in fact MOE dah cuba sejak 90's lagi nak masukkan PTD ke JPN. Only now baru dapat masuk......
Niat dan hasrat Kerajaan masukkan PTD dalam JPN adalah semata-mata nak menambahbaik sistem pengurusan JPN itu je. Lagipun PTD akan jalankan core business PTD yang ada di JPN tu - Admin, HR, Pembangunan, Kewangan etc. 107 post out 518 post, 1/5 lebih kurang. Please la para cikgu, for the sake of the nation especially our children/student and towards better delivery system cubala faham niat Kerajaan....for those PTD who will be posted to JPN/PPD, all the best and good luck. Apa yang penting kita menjalin hubungan baik dengan para guru di JPN tu. Diplomacy is the best policy. Accept it as a challenge to show those DGs what we are capable of......Ciao!!!
Friday, March 30, 2007
Memories shall remain II
Amacam, ada gaya EPL tak? Sikit2 tu adala kan......Gambar yang atas tu masa aku main untuk Sapura FC. KLFA kena decide sape yang layak wakil KL untuk FAM Cup and DBKL managed to beat us on that day. Gambar bawah tu masa training session di MARDI, Serdang. During 2000 to 2003 period orang dengar SAPURA je goyang jugak la other teams dalam KL League ni. Tapi tu dulu. Team SAPURA ni pun dah takde lagi......
Tuesday, March 27, 2007
Memories shall remain
Minggu lepas, sajela selongkar balik fail-fail dan khazanah lama yang ada kat rumah/office. Housekeeping la katakan. Aku pun jumpala newspaper cutting lama masa zaman kegemilangan main bola dulu. Looking back, I had so many sweet and bitter memories as a footballer. I'm still playing with same zeal but not with same power and pace. Lutut ni pun dah mula sakit-sakit. Hopefully i can stand the pain until i decided to end my career as a footballer and hang up my boots - maybe sampai 50 tahun ke, who knows. I still believe that one career in sports doesn't end because of their age. Masih boleh jadi master athlete. There are still some master athletes (40 - 55 years) that can run 100 meter under 15 sec, believe it.....Kalau boleh taknakla berhenti main sebab injury, sedih beb.....Life is short, play hard....but remember to work smart too.
Thursday, March 22, 2007
Malaysia BOLEH!!!
Saturday, March 03, 2007
Missing?
The 15th Asian Games in Doha which our Malaysian Tigers got 8 gold , 17 silver and 17 silver bronze medals. For me personally, it's a good achievement bearing the facts that Sazali Samad (unlucky - biased judging-biasala subjective sport) and Josiah Ng unable to contribute any gold medal although they were among our highest prospect. If not we would achieved the double digit target set by Chef De-Mission, Dato' A. Sani Karim.
Another thing, did you all realised that the Taiwan's Sports Minister offer to resign over the poor performance of the Taiwanese contingent at the Asian Games?But the Premier asked him to stay on.(please refer my previous posting on these). That's accountability.
Banjir di selatan tanahair. Kita baca di akhbar setiap hari for the last 2 months. First wave and then second wave.......semoga semua yang terlibat akan tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dulu masa aku duduk di Pulapol, KL during 88 to 95 period, everytime hujan luar biasa lebat, rumah tepi Sungai Bunus, mesti banjir paras pinggang...aduh....letih mengangkat barang2, nasib baik rumah dua tingkat....habis banjir je, macam2 ada...belut, ikan bandaraya....banyak kali la jugak merasa pengalaman banjir ni..nasib baik duduk kem...adala abang2 polis yang tolong...
Another thing - our national football team were unlucky to lose out on penalties to the Singapore team at the semi final stage of the AFF Championship. They played well i think but what is Cikgu Jan thinking of when he decided to put Khyril Muhaimeen as the last kicker. It's a big gamble and such a burden for the young boy to take a penalty kick that decide the outcome of the game.uhhhh. Gerammmnye aku. Penalti tu slow, keeper Singapore Lionel Lewis siap boleh dive dan save bola tu cantik je....ahhh malas la nak cerita pasal ni. Dahla tu Singapore menang pulak final AFF lawan Thailand (aggregate 3-2) dengan dibantu penalti kontroversi masa first leg.
Aaaa...Sunday, 28 Jan 07 was a memorable day for me. Why? I learned to play golf. Not play actually..just learning about the right swing techique. I went to the Cyberjaya Community Club and they've got free golf lesson dan free session. Ni dah start gian nak main ni. Gantung but? Nah...Till the next update see ya....